Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Seni perlu dibawa 'turun' kepada masyarakat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Seni perlu dibawa 'turun' kepada masyarakat

Seni perlu dibawa 'turun' kepada masyarakat

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 01 Disember 2021 08:10

KANGAR: Seni tidak boleh lagi berada dalam ruang lingkup atau kelompoknya sendiri tetapi perlu dibawa 'turun' kepada masyarakat, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Seni visual atau apa jua genre kesenian dan budaya harus dibawa terus menerus menemui massa dan aktivis kini tidak harus mengasingkan diri dengan berkarya dalam studio, galeri atau di premis yang tertutup sahaja.

"Mereka perlu 'turun' mendampingi masyarakat atau komuniti setempat, berkarya sambil melakukan aktiviti kemasyarakatan," titah baginda ketika berangkat merasmikan Program Seni Bersama Komuniti: Rural Art Experience Negeri Perlis Tahun 2020-2021, hari ini.

Program itu dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia, Balai Seni Negara serta Persatuan Pelukis Negeri Perlis (PPNPs) diadakan di Nipah Klasik, Kampung Bunga Emas, Simpang Empat.

 

Baginda berharap suatu masa nanti Perlis bukan saja terkenal sebagai hub kepada 'eco-tourism', 'agro-tourism', 'sports-tourism', malah hasil karya seni yang tercipta di dinding, lorong, luar dan dalam premis serta yang sedia terpamer di galeri akan menyemarak dan mempercepatkan lagi usaha bagi menjadikan negeri ini hub 'art-tourism'.

"Beta yakin melalui inisiatif yang digerakkan pelbagai pihak ke arah menjadikan landskap negeri Perlis menjadi indah dan berwajah baru serta mampu berjaya menarik lebih ramai pelancong sekali gus meningkatkan lagi ekonomi negeri," titahnya.

Seramai 50 pelukis dari dalam dan luar Perlis hadir pada program dua hari itu yang turut dihiasi dengan pengisian aktiviti seperti melukis dan gotong-royong bersama penduduk setempat.

Pada majlis itu juga, baginda turut berkenan merasmikan Telaga Puteri Bunga Emas dan melawat melawat pameran lukisan yang diadakan untuk merealisasikan slogan 'Seni Untuk Masyarakat'.

Sumber: Berita Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE