Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Etika jamin kestabilan organisasi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Etika jamin kestabilan organisasi

Etika jamin kestabilan organisasi

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 November 2021 14:21

ARAU: Etika dalam organisasi cukup penting bagi menentukan kestabilan sesebuah organisasi berkenaan. 

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, etika dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan warganya. 

Titah baginda, selain itu, ia dapat memantapkan kestabilan organisasi seterusnya mempertingkat produktiviti, kredibiliti, reputasi dan menjamin perkembangan berterusan dalam kalangan kakitangan.

“Etika sebagai prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal seseorang individu atau sesebuah profesien dan sebagai satu standard kepada apa yang kita panggil sebagai tingkah laku.

“Istilah etika dalam kalangan teknokrat atau pakar pula merujuk kepada isu-isu ‘standard moral’ yang melibatkan para teknokrat atau pemimpin yang boleh membantu dalam meningkatkan lagi integriti profesyen kakitangan sesebuah organisasi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 30 asnaf dalam kalangan anak kariah Masjid Al- Barakah, Jelempok berjumlah RM21,000, di sini hari ini.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada amil masjid tersebut, Zainol Ahmad untuk diagihkan kepada asnaf yang masing-masing menerima RM700 setiap seorang.

Mengiringi baginda, Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal MAIPs, Mohd Nazri Mat Rejab dan Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Alhabshe.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin, etika menjadi begitu penting ketika berdepan atau mengendalikan tatacara kehidupan manusia terutama dalam menguruskan individu, keluarga, organisasi dan masyarakat.

“Kepentingan etika ini boleh dilihat dalam konteks sejagat iaitu melalui individu, keluarga, organisasi dan juga masyarakat,” titah baginda.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE