Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - JKSN Akan Anjur Faraid Secara Dalam Talian n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
JKSN Akan Anjur Faraid Secara Dalam Talian

JKSN Akan Anjur Faraid Secara Dalam Talian

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 10 November 2021 10:10

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) Perlis akan menganjurkan ‘Faraid Simple Tier (eFaST) Secara Dalam Talian Tahun 2021’ dari Dewan Utama, Kompleks Darul Qada’ Tuanku Syed Sirajuddin JKSN Perlis di Kangar pada pagi Khamis ini, 11 November 2021.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berkenan menerima undangan daripada Ketua Hakim Syarie Negeri, Ibrahim Deris untuk berangkat hadir menyempurnakan majlis perasmian seminar tersebut.

Tuanku Raja Muda ketika memperkenankan keberangkatan, merakamkan setinggi penghargaan serta tahniah kepada seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri kerana telah berjaya membangunkan Sistem eFaST berkenaan iaitu satu kaedah pengiraan faraid selapis.

Baginda juga melihat pembangunan sistem eFaST ini InsyaAllah dapat meningkatkan lagi keprihatinan ahli waris dalam pengurusan harta pusaka mereka. Sistem ini pastinya akan memudahkan ahli waris untuk mendapatkan perintah faraid dalam tempoh masa yang lebih singkat. Justeru, ia akan menggalakkan ahli waris untuk segera tampil ke hadapan bagi menyelesaikan isu pembahagian harta pusaka dalam tempoh yang sewajarnya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyeru kepada seluruh pegawai dan juga kakitangan JKSNPs agar sentiasalah memberikan perkhidmatan yang terbaik serta ikhlas kepada rakyat Perlis dan bersama-samalah membantu serta memikul peranan dalam pembangunan Ummah dengan sebaik mungkin.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE