Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Waspada Sindiket Dalam Talian – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Waspada Sindiket Dalam Talian – Raja Muda Perlis

Waspada Sindiket Dalam Talian – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 10 November 2021 09:38

KANGAR: Masyarakat dinasihatkan sentiasa berhati-hati supaya tidak terlalu mudah menjadi mangsa dalam kes penipuan secara dalam talian atau online yang kerap berlaku dan melibatkan kerugian yang cukup tinggi. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sekiranya dihubungi oleh individu tertentu yang menawarkan perkhidmatan atau barangan meragui, hendaklah mendapatkan kepastian terlebih dahulu.

“Rujuk terus kepada individu yang berkenaan atau agensi-agensi yang terlibat ataupun membuat semakan sindiket di laman web PDRM iaitu https://semakmule.rmp.gov.my/ dengan segera.

“Sesungguhnya sindiket penipuan dan penyelewengan telah lama wujud dan kian berleluasa dengan adanya teknologi komunikasi yang canggih seperti telefon pintar yang boleh memuat turun pelbagai applikasi untuk kegunaan harian,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM700, beras serta bekalan makanan kepada Bidin Khamis,83, di Kampung Tok Kayaman di sini hari ini.

Yang hadir sama mengiringi baginda, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Bidin yang menghidap sakit kaki dan darah tinggi adalah dalam senarai penerima bantuan sara hidup berkala MAIPs.

Hasil pendapatan keluarga Bidin adalah melalui anaknya yang bekerja kampung.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE