Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Mangsa banjir perlu utamakan keselamatan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Mangsa banjir perlu utamakan keselamatan

Mangsa banjir perlu utamakan keselamatan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 08 November 2021 09:29

KANGAR : Mangsa banjir akibat air pasang besar di Kuala Perlis dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan nyawa diri dan ahli keluarga ketika dan selepas berlakunya kejadian tersebut.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sejurus air surut, mangsa hendaklah terus memeriksa keselamatan saluran gas, wayar dan peralatan elektrik yang telah tenggelam. 

“Periksalah juga barang-barang yang mudah terbakar yang mungkin masuk ke dalam rumah semasa air mengalir ketika banjir itu,” titah baginda selepas meninjau lokasi air pasang besar yang melanda Kuala Perlis di Dataran Semarak, Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala di sini, semalam.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Terdahulu, baginda berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada asnaf, Siti Hawa Bakar, 69, yang tinggal bersama anaknya di Kampung Bangsal Lebah di sini.

Warga emas yang merupakan penerima bantuan sara hidup MAIPs itu turut mengidap sakit kencing manis dan hasil pendapatan keluarga berkenaan adalah dari anaknya yang berniaga secara dalam talian.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE