Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis menitahsarankan manfaat teknologi digital jaga kesihatan diri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis menitahsarankan manfaat teknologi digital jaga kesihatan diri

Raja Muda Perlis menitahsarankan manfaat teknologi digital jaga kesihatan diri

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 28 September 2021 10:36

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahsarankan agar masyarakat memanfaatkan kelebihan penggunaan teknologi digital dalam meningkatkan kesedaran, pencegahan dan pengurusan penyakit kardiovaskular dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Demikian titah baginda sempena kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menerusi titah perutusan sempena ‘Hari Jantung Sedunia’ yang disambut pada 29 September 2021 tahun ini.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Pengerusi YTSP Perlis berharap bagi mereka yang bergejala seperti sesak nafas, sakit dada, denyutan jantung yang laju atau mengalami episod pitam dan juga pengsan hendaklah segera mendapatkan rawatan awal.

Tuanku Raja Muda turut berharap agar rakyat Perlis sentiasa beriltizam untuk terus menjaga kesihatan jantung dengan mengaplikasikan teknologi digital yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kesihatan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim menasihatkan kepada semua bahawa penyakit kardiovaskular boleh dicegah melalui amalan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam atau gula berlebihan, menggunakan konsep ‘Pinggan Sihat Malaysia ; Suku Suku Separuh’, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta kerap melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit secara terkumpul sepanjang minggu.

Selain daripada itu beliau turut menasihati semua supaya berhentilah merokok dan dapatkan bantuan melalui Perkhidmatan JOMQUIT.com atau Klinik Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan, berusaha mencapai berat badan yang unggul, lakukan saringan kesihatan bagi mengesan penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi dan Kolesterol Tinggi serta dapatkanlah Perkhidmatan Kesihatan Mental sekiranya mengalami stres atau tekanan, kebimbangan yang teruk atau memerlukan sokongan mental.

Untuk rekod, tema pada tahun ini iaitu “Sayangi jantung dan terus berhubung” menfokuskan kepada penggunaan ilmu pengetahuan, kasih sayang dan pengaruh dalam memastikan kita, orang tersayang dan komuniti mempunyai peluang terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat. Penggunaan teknologi digital bukan sahaja dapat membantu kita untuk berhubung di antara satu sama lain di mana sahaja kita berada, malah ia dapat memastikan semua lapisan masyarakat di seluruh negara mendapat akses kepada informasi pencegahan dan rawatan penyakit yang diperlukan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE