Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis hadir ‘Majlis Ihya Ramadan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis hadir ‘Majlis Ihya Ramadan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Raja Perlis hadir ‘Majlis Ihya Ramadan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 04 Mei 2021 08:48

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Ihya Ramadan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) 1442H/2021M’ yang diadakan di Hotel Putra Regency Kangar pada malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dan anakanda baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Di majlis tersebut Mohd Nazim mempersembahkan ‘Pembentangan Pencapaian MAIPs’ kepada sekalian yang hadir.

Selain santapan berbuka puasa, Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda turut berkenan bersama-sama para hadirin yang lain solat maghrib, isyak dan terawih secara berjemaah.

Tarikh majlis tersebut dipilih adalah malam sebelum ‘Hari Pekerja’ yang disambut pada 1hb Mei setiap tahun. Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda menitahkan ucapan ‘Selamat Menyambut Hari Pekerja’ kepada semua warga pekerja di negeri Perlis dengan tema pada kali ini iaitu “Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat”.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE