Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Elak Pembaziran, Bawa Sendiri Bekas Makanan Beli Juadah Di Bazar Ramadan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Elak Pembaziran, Bawa Sendiri Bekas Makanan Beli Juadah Di Bazar Ramadan

Elak Pembaziran, Bawa Sendiri Bekas Makanan Beli Juadah Di Bazar Ramadan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 21 April 2021 12:21

KANGAR: Setiap kali bulan Ramadan, isu pembaziran makanan sering dibangkitkan khususnya membabitkan pembelian di bazar-bazar Ramadan yang melebihi keperluan.

Malah, setiap kali itu juga, jumlah sisa makanan dihasilkan sepanjang Ramadan merekodkan berpuluh-puluh ribu tan metrik dalam tempoh sebulan itu. Sebagai salah satu usaha bagi mengelak pembaziran tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat di negeri ini supaya membawa sendiri bekas makanan seperti mangkuk tingkat semasa membeli juadah.

Titah baginda, budaya tersebut mampu memberi kesedaran kepada masyarakat agar membeli mengikut keperluan yang bukan sahaja mampu mengawal perbelanjaan sebaliknya mengelak pembaziran makanan.

“Selain itu, amalan itu juga dapat mengurangkan penjanaan sampah plastik selain kebersihan persekitaran dapat dipelihara. “Ciri-ciri seperti ini melambangkan masyarakat bermentaliti kelas pertama,” titah baginda selepas mengunjungi bazar Ramadan Mata Ayer di sini, semalam.

Istimewanya, bagi memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat itu, baginda sendiri membawa mangkuk tingkat semasa membeli juadah di bazar berkenaan.Malah, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang mengunjungi bazar Ramadan Arau turut membawa sendiri bekas ketika membeli makanan bagi mengelak pembaziran.

Dalam pada itu, besar harapan Tuanku Syed Faizuddin agar rakyat dapat mengikut jejak langkah tersebut.“Diharapkan mesej ini dapat memberi kesan dalam kalangan pengunjung bazar agar membawa sendiri bekas untuk mengisi juadah makanan. Saya yakin amalan ini selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar selain meningkatkan kualiti kehidupan,” titah baginda.

– UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE