Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis berkenan rasmi program Transformasi Kampung n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis berkenan rasmi program Transformasi Kampung

Raja Perlis berkenan rasmi program Transformasi Kampung

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 05 April 2021 07:30

Kuala Perlis: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, hari ini berkenan melancarkan Program Transformasi Kampung di Kampung Seberang Ramai, di sini, yang dijangka mampu menjadi tarikan pelancongan baharu di negeri ini.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lalilatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda Sharifah Khatreena Nuraniah Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Sharifah Farah Adriana Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco kerajaan negeri.

Pada program berkenaan, baginda turut berkenan melawat tujuh kampung terbabit iaitu Kampung Baru Seberang, Kampung Tandiap, Kampung Hujung Tanjong, Kampung Tengah, Kampung Seberang Alor, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Pulau Ketam.

Sementara itu, Exco Pelancongan Perlis Asmaiza Ahmad berkata, program mengubah kampung terbabit supaya lebih ceria dan bersih yang dikenali sebagai Rumah Pelangi itu dilihat mampu menjadi satu produk pelancongan baharu, di negeri ini.

"Program transformasi yang bermula sejak hujung tahun lalu itu melibatkan 184 rumah di kawasan tersebut yang merupakan inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis (YTSP). Ia secara tidak langsung membangunkan ekonomi penduduk di kawasan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penduduk Kampung Seberang Alor, Hatijah Halim, 66, yang lebih tiga dekad menetap di kampung itu, berkata dia sangat teruja dengan perubahan kampung terbabit yang lebih harmoni dan indah berbanding sebelum ini.

"Dulu kawasan ini tak ubah seperti kawasan setinggan nelayan yang uzur namun, kini sudah menjadi begitu indah.

"Warna-warni rumah di kampung ini mewujudkan suasana berbeza dan kelihatan lebih kondusif walaupun sekadar sebuah perkampungan nelayan," katanya.

Turut berkongsi pendapat sama ialah Hussin Abu Samah, 56, seorang nelayan yang mengakui bahawa transformasi kampungnya itu membangkitkan semangatnya mencari rezeki di laut selain bangga rumahnya turut dicat indah dan menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE