Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP peroleh 36 akreditasi badan antarabangsa – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP peroleh 36 akreditasi badan antarabangsa – Raja Muda Perlis

UniMAP peroleh 36 akreditasi badan antarabangsa – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 05 April 2021 07:09

Sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya membuktikan bahawa 36 daripada 42 program akademiknya telah mendapat akreditasi dan diiktiraf oleh badan antarabangsa.

Dua program yang memperolehi akreditasi pada tahun 2020 ialah Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Teknologi Makanan) yang menerima akreditasi enam tahun dan Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik).

UniMAP juga sekali lagi berjaya menerima penarafan 5 bintang di bawah penarafan SETARA.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima taklimat cadangan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen Ke-15 UniMAP yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 yang lalu tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19 dan juga Istiadat Konvokesyen Ke-16 pada tahun ini yang diadakan di Pejabat Tuanku Canselor, Bangunan Canselori, Kampus Alam UniMAP di Pauh Putra.

Taklimat dipersembahkan oleh Pendaftar Universiti, Hj. Mohd Saad Din.

Pada kesempatan yang sama baginda merangkap Tuanku Canselor UniMAP turut menambah bahawa perpindahan emel staf dan pelajar ke GMail melibatkan 15,000 akaun Gmail secara percuma dengan storan tanpa had untuk Gmail dan Google Drive telah juga dijayakan.

Tambah Tuanku Raja Muda, turut perpindahan server dan pangkalan data ke Cloud@MAMPU Pusat Data Sektor Awam (PDSA), pemasangan 100 access point baharu UniMAP di sekitar Asrama UniCiti, Asrama BUMITA serta beberapa bangunan di Kampus Tetap dan juga Kampus Teragih.

UniMAP juga telah memberi fokus utama semenjak tahun 2019 yang lalu ke arah Transformasi Digital bermula dengan penubuhan Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital serta pelantikan Ketua Pegawai Digital (CDO) iaitu Prof. Ir. Dr. Annuar Mat Safar.

Selain daripada itu, perubahan struktur organisasi universiti dengan matlamat mengukuhkan agenda TVET telah diimplimentasikan melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam serta Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE