Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jawatan adalah amanah negara, rakyat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jawatan adalah amanah negara, rakyat

Jawatan adalah amanah negara, rakyat

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 Mac 2021 16:29

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan mereka yang memegang jawatan penting agensi kerajaan mahupun berkaitan kerajaan agar mengutamakan nilai amanah dan integriti dalam setiap tindakan serta tadbir urus.

Tegas Tuanku Syed Sirajuddin, mereka yang diberikan tanggungjawab itu harus sedar sesuatu jawatan merupakan amanah negara dan rakyat.

“Mereka perlu mengelak daripada mengambil kesempatan demi kepentingan diri atau keluarga sendiri,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menerima sembah menghadap hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Balai Menghadap Biru Istana Arau di sini hari ini.

Turut diperkenan menghadap adalah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Mengiringi baginda, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan.

Dalam pertemuan itu, Zulkifli turut mempersembahkan mengenai prestasi terkini beliau sepanjang setahun sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selain itu, beliau turut memaklumkan mengenai peruntukan bagi suku tahun pertama 2021 Jakim dan agensi di bawah beliau yang disalurkan ke Perlis.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE