Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - JK Fatwa Perteguh Tunjang Ahli Sunnah Wal-Jama’ah Di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
JK Fatwa Perteguh Tunjang Ahli Sunnah Wal-Jama’ah Di Perlis

JK Fatwa Perteguh Tunjang Ahli Sunnah Wal-Jama’ah Di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 12 Mac 2021 16:11

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah banyak memainkan peranan bagi memperteguhkan dasar dan hala tuju pegangan agama Islam, corak pemikiran, amalan agama dan aspek pentadbiran yang bertunjangkan kepada Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah di negeri ini.

Jasa dan peranan mereka yang terdahulu amatlah besar ertinya dalam meletakkan batu asas kepada perjalanan yang panjang ini. Peranan Institusi Fatwa ini terus cemerlang dan menjadi rujukan di peringkat kebangsaan hinggalah ke persada antarabangsa. 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail setelah berkenan menyempurnakan majlis penandatanganan Sijil-Sijil Amalan Peguam Syarie bagi tahun 2021 yang diadakan di Istana Arau Perlis semalam.

Menurut baginda, di Perlis sudah menjadi tanggungjawab kepada Raja-Raja Wangsa Jamalullail untuk memastikan agama Islam dan Sunnah Rasulullah SAW terus subur. Tugas memelihara agama (Hirasah al-Din) merupakan tugas utama setiap ulil amri. 

‘Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah suatu yang telah termaktubkan di dalam perlembagaan negeri Perlis. Perkara 5 menyebut agama bagi negeri adalah Agama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaa’ah seperti telah diamalkan di dalam negeri’.

'Sejak perlembagaan 1948 dikurniakan oleh Almarhum paduka nenda baginda, maka Perlis tidak pernah berundur malah terus melangkah ke hadapan berdasarkan keyakinan yang kuat'.

Jelas Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs lagi, ‘Peranan institusi fatwa di negeri ini sangat penting dalam mengukuhkan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah sejak dari dahulu hingga kini. Peranan ini diterjemahkan melalui penubuhan Jawatankuasa Syar’iyyah Negeri Perlis berdasarkan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Perlis 1963 dan bermula tahun 2010 dipinda menjadi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006’.

 

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE