Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kekalkan Hubungan Kekeluargaan Walau Berbeza Kepercayaan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kekalkan Hubungan Kekeluargaan Walau Berbeza Kepercayaan – Raja Muda Perlis

Kekalkan Hubungan Kekeluargaan Walau Berbeza Kepercayaan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 Februari 2021 08:50

Hubungan erat sesama ahli keluarga harus terus dikekalkan walaupun berbeza agama dan kepercayaan.

Sebagai masyarakat majmuk berbilang kaum, sudah pasti elemen kekeluargaan merupakan ikatan yang paling kuat dalam memperteguh perpaduan nasional. Demkian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyantuni saudara baru muallaf, Harun Abdullah, 34 di ‘Rumah Makan Warisan Arau’ pada petang tadi.

Hadir sama menyambut baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor serta pengusaha ‘rumah makan’ berkenaan, Rizwan Ahamad Badrudin.

Harun yang memeluk Islam pada Julai lalu, merupakan seorang berbangsa Tionghua dan mula tertarik dengan Islam sejak di bangku sekolah. 

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan mengurniakan “angpau” selain turut memberikan galakkan kepada Harun untuk turut serta menyertai Program Peningkatan Sosio Ekonomi Asnaf MAIPs di bawah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda turut mengajak rakyat secara umumnya supaya mengamalkan hidup harmoni dengan sentiasa mempraktikkan mencari persamaan dan menjauhi perbezaan, menerapkan nilai seperti ungkapan Bahasa Inggeris “Agree To Disagree” dengan menghormati perbezaan sesama kita namun pada masa yang sama menyampaikan kebenaran, bertoleransi tanpa menggadaikan prinsip agama serta memahami sensitiviti agama dan kaum yang lain.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE