Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: Cegah Ketirisan Dalam Penyaluran Bantuan Untuk Manfaat Optimum - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: Cegah Ketirisan Dalam Penyaluran Bantuan Untuk Manfaat Optimum - Raja Muda Perlis

COVID-19: Cegah Ketirisan Dalam Penyaluran Bantuan Untuk Manfaat Optimum - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 01 April 2020 12:26

Kangar, 1 April 2020 - Semua pihak harus bersama untuk mencegah ketirisan dalam penyaluran bantuan agar manfaat dapat dioptimumkan kepada golongan sasar.

Sesuatu bantuan yang disalurkan hanya akan memberikan manfaat apabila diurus dengan jujur oleh mereka yang diamanahkan untuk menguruskannya.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut sebaran media yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Selain itu, pihak yang diamanahkan juga harus bijaksana dan menggunakan pendekatan berhikmah dalam melaksanakan tugasan memberikan bantuan agar tiada golongan yang ketinggalan.

Dalam suasana krisis yang dahsyat ini, Syukur Alhamdulillah didapati semua pihak sama ada agensi kerajaan maupun NGO termasuklah juga pihak korporat telah meningkatkan sumbangan dan mempermudahkan prosedur demi untuk membantu mereka yang memerlukan. Oleh itu, janganlah ada pihak yang menangguk di air keruh dengan pelbagai tindakan yang mampu mencemarkan nilai ketelusan dan integriti.

Bagi pihak yang menerima bantuan pula, pastikanlah benar-benar berkeperluan agar bantuan berkenaan hanya mengalir kepada mereka yang berhak.

Sebagai ‘Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’, masyarakat Perlis sudah pasti bijak dalam membuat pertimbangan dalam soal menerima dan memberi bantuan.

"Agama mengajar kita untuk sentiasa berlaku adil dan berbuat ihsan, maka utamakanlah elemen ini untuk menjamin kejayaan dalam sesuatu inisiatif bantuan yang dilaksanakan," titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs lagi.

Untuk rekod, sehingga tarikh 29 Mac 2020, MAIPs telah mengumumkan 8 inisiatif bernilai RM4.5juta dalam sama-sama membantu menangani krisis penularan pandemik wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbentuk bantuan kepada warga asnaf, golongan terputus bekalan, peniaga Muslim, asnaf berdikari, para pelajar serta program dakwah dan ilmu.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE