Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - SK Putra Dinobat Sekolah Lestari Alam Sekitar Kebangsaan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
SK Putra Dinobat Sekolah Lestari Alam Sekitar Kebangsaan

SK Putra Dinobat Sekolah Lestari Alam Sekitar Kebangsaan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 07 Februari 2020 11:20

Kangar,7 Februari 2020 - Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di Kangar telah dinobatkan sebagai ‘Sekolah Lestari Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan Bagi Sesi 2018/2019’ yang dianugerahkan pada 17 September 2019 yang lalu.

Kemuncak pencapaiannya pada kali ini ialah ia berjaya mengungguli penilaian dalam lima kategori iaitu pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum, penghijauan dan juga elemen khas.

SK Putra akan mewakili negara bagi kategori sekolah rendah ke peringkat ASEAN tidak lama lagi.

Demikian diumumkan di ‘Majlis Anugerah Biasiswa Kecil Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Tahun 2020’ yang diadakan di dewan sekolah berkenaan pada pagi semalam.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Pendidikan Negeri Hj Izmi Ismail, Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus dan Guru Besar SK Putra Rokiah Che Hassan.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Ahli Lembaga YTSP Perlis, Prof Emeritus Datuk Dr Ir Kamarudin Hussin.

Dalam titah ucapan baginda, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra menitahkan bahawa sejak tahun 1991 sehingga hari ini, pihak YTSP Perlis telah menyumbangkan lebih daripada RM2.1 juta kepada hampir 2,000 orang pelajar melalui program ini.

Pada tahun ini juga, seramai 440 orang menerima Biasiswa Kecil Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis termasuk 75 orang pelajar terpilih baharu dari kesemua sekolah rendah di negeri ini yang hadir di majlis tersebut.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, ‘Penganugerahan Biasiswa ini bukan sahaja merupakan pengiktirafan YTSP Perlis terhadap pelajar yang terpilih bahkan lebih dari itu. Ia adalah manifestasi kesungguhan YTSP Perlis untuk memperhebatkan lagi pembangunan sumber manusia serta dapat membantu memperbaiki kecemerlangan di kalangan para pelajar dalam Pendidikan dan sekaligus berjaya menjana modal insan yang berkualiti dengan minda kelas pertama dalam tindakan khususnya di negeri tercinta ini.’

Untuk rekod, Tuanku Raja Muda Perlis sendiri adalah Alumni Tertinggi SK Putra dan pernah menuntut di sekolah ini dari darjah satu hingga darjah enam dalam tahun 1974 hingga 1979.

~SUMBER MAIPs~



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE