Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 100 Peserta Klinik Bola Sepak Nurisportrevo Timba Pengalaman Safiq Rahim n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
100 Peserta Klinik Bola Sepak Nurisportrevo Timba Pengalaman Safiq Rahim

100 Peserta Klinik Bola Sepak Nurisportrevo Timba Pengalaman Safiq Rahim

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 16 November 2019 10:15

KANGAR, 16 Nov. 2019 (Sabtu) - Seramai 100 ahli Kelab Nuri Bank Rakyat berpeluang berlatih serta menimba pengalaman daripada bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim serta jurulatih profesional, bagi mempelajari skil dan teknik bola sepak, menerusi program Klinik Bola Sepak NuriSportrevo di Stadium Tuanku Syed Putra.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata program ini merupakan usaha Kelab Nuri untuk melahirkan pelapis dalam arena sukan bola sepak negara, yang dirasmikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Beliau berkata inisiatif itu juga kesinambungan daripada program Karnival Bola Sepak Nuri-Sportrevo 2019 di Pusat Sukan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Taman Melawati, yang diadakan 2 Nov lepas.

"Penganjuran program ini merupakan salah satu aktiviti bagi ahli Kelab Nuri dengan kerjasama Sportrevo untuk bersama-sama membudayakan sukan dalam kalangan pelajar,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

~SUMBER BERNAMA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE