Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Berangkat Ke 'Wacana Wangsa Jamalullail' n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Berangkat Ke 'Wacana Wangsa Jamalullail'

Raja Perlis Berangkat Ke 'Wacana Wangsa Jamalullail'

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 11 Oktober 2019 12:43

KANGAR, 11 Oktober 2019 - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Wacana Wangsa Jamalullail Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis yang ke 76’ di Auditorium Dr Syed Mahmood Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Kangar petang ini.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang julung-julung kalinya dianjurkan sedemikian rupa oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu disambut oleh Setiausaha Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis, Hj Mohd Nazim Mohd Noor

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung baginda berdua, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah.

Antara yang mempersembahkan pembentangan ialah Tengku Syarif Laksamana Perlis, Datuk Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail bertajuk “Wacana Wangsa Jamalullail” dan Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Datuk Ariff Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berjudul ‘Ahl al-Sunnah Wal Jama'ah : Teras Kerajaan Jamalullail Perlis".

Terdahulu, dua topik lain juga dibentangkan oleh Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Dr. Wan Fauzi Wan Husain mengenai “Raja-Raja Melayu Tonggak Kedaulatan Islam" dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Dr. Haji Hazman Hassan bertajuk "Jasa dan Sumbangan Raja-Raja Jamalullail Mendaulatkan Islam".

Di akhir program Tuanku Raja turut berkenan melancarkan ‘Laman Portal Rasmi MAIPs’ yang terbaharu.

~MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE