kerusi-1

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, modal Insan yang baik dapat memberikan manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan sebuah kerusi roda daripada pihak MAIPs kepada Kamaruzzaman Abdul Karim di Batu 4, Titi Serong Jalan Kuala Perlis dekat Kuala Perlis petang tadi.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee. 

Terdahulu daripada itu Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berkenan berangkat menyempurnakan ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 24 bagi tahun 2019’ yang diadakan di Masjid Al Munir, Batu 5 Jalan Kuala Perlis bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 12 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan.

 

~UTUSAN ONLINE~