Baginda berkenan berangkat ke makam Allahyarhamah yang terletak di sebelah kawasan Madrasah Rahmaniyyah yang merupakan sebuah sekolah agama yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Abdul Latif yang turut menerima sumbangan pembinaan bangunan berkenaan daripada beberapa buah negara luar seperti Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Keberangkatan tiba baginda ditemani Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Syeikh Dr Ismail Lutfi beserta usrah keluarga dan pengurusan tertinggi Universiti Fatoni.

Turut menyambut ialah Gabenor Wilayah Pattani, Kraisorn Visitvong. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

 
fatoni-2
 

Universiti Fatoni mempunyai hubungan kerjasama baik dengan MAIPs dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) khususnya dalam bidang akademik dan juga penyelidikan. 

Beberapa penganjuran program secara bersama antara Perlis dan FTU turut dilaksanakan termasuklah ‘Seminar Warisan Nabawi ke-5’ dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Oktober 2016 selain Rektor Universiti Fatoni turut terlibat dalam program-progran di Perlis seperti Seminar Islam dan Anti-Terrorisme, Perkampungan Sunnah Perlis dan juga Persidangan Antarabangsa Pengajian Islam 2019 anjuran Kolej Universiti Islam Perlis baru-baru ini.

Pada 28 November 2018, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat merasmikan Bangunan Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Fatoni yang diberi nama Majma Sirajuddin Jamalullail Perlis hasil sumbangan MAIPs.

 

~UTUSAN ONLINE~