Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tingkatkan hasil karya seni ke peringkat antarabangsa n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tingkatkan hasil karya seni ke peringkat antarabangsa

Tingkatkan hasil karya seni ke peringkat antarabangsa

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 24 September 2019 08:20
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Raja Muda Perlis bertitah para pelukis tempatan diharap dapat mempertingkatkan lagi hasil karya kreatif mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
 

seni-3

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagi memastikan pelukis itu sentiasa bergiat secara serius sebagai pelukis sepenuh masa, beberapa inisiatif boleh dilakukan dalam aspek kebajikan dan kelangsungan karier seni mereka agar tidak terhenti dalam menghasilkan karya-karya besar dan hebat, khususnya para pelukis muda sudah tentu ruang kerja atau studio menjadi keperluan utama mereka.

"Oleh itu, beberapa cadangan boleh dilaksanakan melalui sokongan pihak korporat, kilang, gudang, pusat membeli-belah, kedai, pejabat, rumah, bangunan atau kuarters kerajaan yang ditinggalkan dan tidak digunakan lagi boleh dijadikan sebagai ruang pelukis. Ia juga boleh dijadikan sebagai tempat tarikan pelancongan baharu yang bukan sahaja akan mendatangkan pekerjaan kepada pelukis malah membantu menjana pendapatan melalui pelancongan seni budaya.

"Pada masa yang sama, pihak pengurusan bangunan kerajaan, hotel dan pusat peranginan di negara ini disarankan untuk mempamerkan karya-karya seni anak tempatan. Seharusnya pengusaha pelancongan mempamerkan lebih bayak lagi hasil kerja karyawan tempatan ini untuk menghidupkan semula seni dan budaya.

"Ramai pelukis kita yang berbakat dan memiliki gaya tersendiri. Jika tiada sokongan dan galakan pihak kerajaan dan swasta, para pelukis tidak mungkin dapat bertahan lama. Semua pihak harus memberi sokongan kepada industri seni lukis di Malaysia dan mempromosikan warisan dan budaya selain mewujudkan kesedaran awam," titah baginda.

Demikian titah Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Pameran Harumanis Tahun 2019’ yang dianjurkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di Galeri ASWARA Kuala Lumpur tengahari tadi.
 

seni-2

 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Rektor ASWARA, Prof Madya Sahar Sa'di Hashim dan Dekan Fakulti Rekaan Komunikasi Visual ASWARA, Suzlee Ibrahim.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah akademi berkenaan, Datuk Rashidi Hasbullah serta ahli-ahli lembaga pengarah ASWARA.

Baginda turut menambah bahawa latihan dan pendedehan yang berterusan harus diberikan bagi memantapkan lagi teknik dan hasil seni para pelukis tempatan dan Insya-Allah hasil mereka boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, pameran ini diadakan sebagai sebahagian daripada Sambutan Ke-25 Tahun ASWARA pada tahun ini dan para pelukis yang mengambil bahagian di dalam pameran pada kali ini menyumbangkan sebanyak 15 buah karya istimewa mereka untuk menambahkan lagi koleksi tetap Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di Perlis yang dipengerusikan sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra.

~ UTUSAN ONLINE ~

seni-1

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE