Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jerman Tertarik Dengan Prospek Pelaburan Di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Jerman Tertarik Dengan Prospek Pelaburan Di Perlis

/ Archive MAIPs / Khamis, 20 April 2017 14:28

ARAU, 20 April 2017 (Khamis) - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan menghadap oleh Duta Besar Jerman ke Malaysia, Holger Michael di Balai Menghadap Biru Istana Arau di sini hari ini. Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man juga hadir. Selain bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala Malaysia-Jerman serta Malaysia dengan Kesatuan Eropah (EU), baginda sempat berkongsi mengenai peluang pelaburan di Perlis.

Taklimat mengenai peluang pelaburan dan hala tuju pembangunan di Perlis disampaikan kepada duta Jerman itu oleh para pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Duta Jerman itu difahamkan amat tertarik dengan prospek pelaburan di Perlis dan bersedia untuk memujuk pelabur di Jerman untuk melabur di Perlis dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang menjadi kepakaran Jerman.

Beliau turut meluangkan masa menyertai kayuhan 'MAIPS Peduli' kali yang ke-24 bagi tahun 2017 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan program 'MARA Santuni Asnaf' bersama Tuanku Raja Muda Perlis sejauh 12 kilometer.

Kayuhan tersebut bermula dan berakhir di Surau Kampung Belat Batu, Arau dan beliau turut memberi gelaran kepada program tersebut sebagai "Royal Social Responsibility" (RSR) di atas keprihatinan dan kasih sayang keluarga diraja Perlis terhadap rakyat jelata.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE