Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs akan laksanakan naiktaraf portal bayaran n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs akan laksanakan naiktaraf portal bayaran

MAIPs akan laksanakan naiktaraf portal bayaran

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 02 Jun 2023 23:17

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan melaksanakan naiktaraf laman portal rasmi bagi perkhidmatan bayaran secara dalam talian menjelang Julai 2023.

Usaha berkenaan adalah ke arah mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan secara dalam talian yang dilaksanakan oleh MAIPs selama ini.

Demikian seperti yang diperkenankan Tuanku Pemangku Raja Perlis ketika berkenan menerima mengadap Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa ICT dan Pendigitalan MAIPs sempena Program Hijrah Minda Bilangan ke 10 yang diadakan di Masjid Nurul Mukminin Alor Ara dekat Arau hari ini.

Keberangkatan Baginda disambut Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Pendigitalan MAIPs, Haji Azlan bin Hussin dan timbalannya, Tengku Farith Rithauddeen Tengku Ahmad Rithauddeen.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor berkata, MAIPs sedang membangunkan Pelan Transformasi Digital MAIPs 2023 - 2027 selari dengan Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0 yang antara lain memberikan penekanan kepada menjayakan hasrat pengukuhan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh MAIPs.

"Justeru adalah diharapkan naiktaraf portal bayaran yang akan dilaksanakan ini dapat mempermudahkan para penyumbang sama ada sumbangan zakat, wakaf, sedekah atau lain-lain sumbangan kepada MAIPs melalui perkhidmatan digital yang mampan", tambah beliau.

Untk rekod, MAIPs telah mengorak langkah memperkenalkan bayaran dalam talian melalui portal rasmi MAIPs yang boleh diakses di pautan maips.gov.my .

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE