Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja, Raja Puan Muda Perlis Serikan Aidilfitri UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja, Raja Puan Muda Perlis Serikan Aidilfitri UniMAP

Pemangku Raja, Raja Puan Muda Perlis Serikan Aidilfitri UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 Mei 2023 12:16

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat memeriahkan majlis Riang Ria Raya Aidilfitri Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2023 di Dewan Serbaguna UniMAP, Kampus Kubang Gajah, Arau.

 

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Raja Datuk Azwane Raja Ariff, Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Ir. Zaliman Sauli serta para pegawai utama universiti.

Kira-kira 5,000 tetamu hadir termasuk pelajar dan warga kerja.

Majlis diceriakan dengan pelbagai persembahan menarik antaranya Cak Lempong yang dipersembahkan pelajar Fakulti Kejuruteraan Teknologi Awam, persembahan tarian dan nyanyian lagu raya dari pelajar serta kakitangan UniMAP.

Zaliman dalamnya berkongsi berita yang membanggakan apabila mahasiswa Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari Kampung Teluk Epa, Utan Aji Perlis, Athachai Saiprawat A/l Kiang telah meraih pingat Gangsa dalam acara Kun Kru di Sukan SEA Kemboja 2023.

UniMAP turut mencipta nama di Pameran Reka Cipta & Inovasi Antarabangsa (ITEX) ke-34 di Kuala Lumpur Convention Centre di mana meraih 8 pingat emas dan 2 perak.

Lebih manis, UniMAP turut dianugerahkan “Henry Goh Award for Best Invention in Environmental Innovation” menerusi produk ePANECEA: “Enhanced Alkaline Earth Silicate of Rice Husk Ask Origin for Free Fatty Acid Extraction from Waste Frying Oil” hasil penyelidikan sekumpulan penyelidik diketuai oleh Ts. Dr. Hoo Peng Yong yang turut meraih pingat emas pada Malam Budaya Cipta ITEX 2023 berkenaan.

Zaliman juga melahirkan rasa bangga dengan kejayaan sekumpulan pelajar UniMAP yang telah meraih 100 peratus pingat iaitu 6 pingat emas dan 4 pingat perak pada pameran inovasi antarabangsa “European Exhibition of Creativity and Innovation” (EUROINVENT 2023) di Iasi, Romania.

“Dua pelajar kita, Muhammad Amirul Aiman A. Ramlee dan Reshikesan A/L Ravi telah memenangi Anugerah Khas bagi produk inovasi bertajuk “Green Lead-free Sn-Cu Transient Liquid Phase Die-bonds for Geopolymer Crumb Rubber,” tambah Zaliman lagi.

Pemangku Raja selaku Canselor dan Tuanku Raja Puan Muda pula sebagai Pro Canselor menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga universiti atas kejayaan-kejayaan yang telah mengharumkan nama universiti dan juga Perlis.

“Semoga UniMAP akan terus melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti, cemerlang dari aspek akademik dan mempunyai keperibadian yang tinggi,” titah Baginda.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE