Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda Perlis hadir Syarahan Perdana Profesor Dr. Raihanah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Puan Muda Perlis hadir Syarahan Perdana Profesor Dr. Raihanah

Raja Puan Muda Perlis hadir Syarahan Perdana Profesor Dr. Raihanah

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 Mei 2023 09:43

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Syarahan Perdana Profesor Datin Dr. Raihanah Haji Abdullah di Auditorium Mohd Asri Muda, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Dekan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Mohd Fauzi Hamat dan Profesor Kehormat, Akademi Pengajian Islam, Dr. Ahmad Hidayat Buang.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen bergambar dengan hadirin pada Majlis Syarahan Perdana Profesor Datin Dr. Raihanah Haji Abdullah di Auditorium Mohd Asri Muda, Akademi Pengajian Islam, UM Kuala Lumpur

 

Program tersebut diadakan bersempena meraikan syarahan perdana Profesor Dr. Raihanah yang bertajuk “Indelible Scars On An Injured Soul : An Appraisal Of Islamic Cultural And Legislative Issues Related to Violence Against Women and Girls”.

Dr. Raihanah merupakan seorang ahli akademik yang dihormati.

Anak bongsu daripada dua beradik itu memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Akademi Pengajian Islam UM walaupun bercita-cita pada awalnya untuk menjadi seorang peguam syariah.

Selepas menamatkan pengajian PhD, beliau dinaikkan pangkat menjadi Profesor Madya di Akademi Pengajian Islam, UM.

Disokong dengan prestasi akademik yang cemerlang, beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Profesor pada 2015, menjadikan beliau sebagai pensyarah wanita pertama di Akademi Pengajian Islam UM.

 

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan bermesra dengan tetamu pada Majlis Syarahan Perdana Profesor Datin Dr. Raihanah Haji Abdullah di Auditorium Mohd Asri Muda, Akademi Pengajian Islam, UM Kuala Lumpur.

 

Kepakaran beliau adalah dalam bidang-bidang yang melibatkan hak asasi wanita, isu berkaitan keganasan terhadap wanita dan hak asasi manusia kumpulan masyarakat terpinggir-warga tua, kanak-kanak dan orang kurang upaya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau juga sering dijemput muncul di program televisyen tempatan untuk bercakap mengenai perkara berkaitan hak wanita dalam perspektif Islam.

Lebih ketara, penglibatannya dalam program dan aktiviti jangkauan ini bertindak sebagai pembuka mata yang membolehkannya melihat sendiri keadaan dalam masyarakat, khususnya wanita dan kanak-kanak.

Pada kesempatan yang sama, Raja Puan Muda Perlis menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Raihanah atas segala pencapaian di dalam dan di luar bidang akademik serta ucapan terima kasih atas sumbangan beliau dalam mempertahankan hak asasi wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE