Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis rasmi Me’nate Pulau Pinang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis rasmi Me’nate Pulau Pinang

Raja Muda Perlis rasmi Me’nate Pulau Pinang

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 30 Januari 2023 10:41

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Restoran makanan Barat terkenal, Me’nate Steak Hub di George Town, Pulau Pinang semalam.

 

Cawangan baharu ke-11 restoran berkenaan mula beroperasi pada jumaat 27 Januari 2023 petang di alamat No 20, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Operasi Palace Butcher Resources Sdn Bhd (PBRSB) sebagai pengendali Restoran Me’nate Steak Hub iaitu Syed Ashraf Syed Ali bersama-sama dengan dua lagi Pengarah Eksekutif PBRSB iaitu Azuan Arif Tan Sri Mohd Ariffin dan Syed Omar Syed Abdullah.

Berangkat sama adalah anakanda-anakanda baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Menurut Azuan Arif pembukaan Me’nate Steak Hub Penang ini adalah sejajar dengan perancangan pihaknya untuk memperluaskan lagi jenama tersebut. Pada tahun ini restoran itu merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara dengan London, United Kingdom dan Cape Town, Afrika Selatan sebagai lokasi sasaran utama selain beberapa buah lagi di dalam negara khususnya di Lembah Klang serta di Pantai Timur iaitu Kuantan dan Kuala Terengganu.

Azuan turut menambah bahawa pihak pengurusan syarikatnya Menjunjung Setinggi Kasih kehadapan Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis beserta anakanda-anakanda baginda yang sudi melapangkan masa berangkat hadir menyempurnakan perasmian tersebut pada kali ini.

Me’nate Steak Hub adalah merupakan sebuah restoran makanan Barat berasaskan stik daripada pelbagai jenis daging yang kesemuanya diimport dan juga masakan ala Itali.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE