Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Berbakti Kepada Negara Melalui Askar Wataniah - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Berbakti Kepada Negara Melalui Askar Wataniah - Raja Muda Perlis

Berbakti Kepada Negara Melalui Askar Wataniah - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 27 April 2019 08:20

KANGAR, 27 April 2019 (Sabtu) - Menyertai Rejimen Askar Wataniah mencerminkan kesanggupan individu masyarakat untuk memikul tanggungjawab membantu mempertahankan negara dengan berbekalkan semangat, disiplin dan komitmen yang ada dalam diri masing-masing sekali gus menyumbang kepada keharmornian dan kestabilan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, semangat dan komponen jati diri seumpama itu sewajarnya dijadikan sebagai ‘warisan’ untuk semua kerana mempertahankan negara bukan hanya terletak di atas ‘bahu’ pihak tentera semata-mata, tetapi ia tanggungjawab semua rakyat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat melancarkan ‘Latihan Sukarelawan Rejimen 504 Askar Wataniah, Bagi Tahun 2019’ di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW), Lt Kol Mohd Zaidi Ishak serta para pegawai kanan rejimen.

Turut hadir ialah Panglima Markas Infantri 30 Briged di Kem Bukit Cowder Mata Ayer Perlis, Brigadier Jeneral Hassan Embong dan Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari a/l Kiew.

Baginda turut menambah bahawa pembangunan dan perkembangan Askar Wataniah mempunyai hala tuju yang jelas. Apa yang penting adalah komitmen individu yang telah menyahut cabaran ini jujur dan rela hati ingin berbakti kepada ibu pertiwi.

Dalam hal ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Komander Rejimen turut menyeru seluruh rakyat Perlis dan Malaysia amnya, tidak mengira kaum dan agama untuk sama-sama menjadikan Askar Wataniah sebagai platform bagi meningkatkan dan mengenal potensi diri di samping mewujudkan jaringan kerja di antara satu sama lain di dalam masyarakat.

Pada kesempatan yang sama baginda mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) kerana membenarkan pihak rejimen turut serta mengadakan program ini bersempena ‘Perlis Marathon 2019’ pada hari ini yang mendapat penyertaan 13,000 peserta.

Untuk rekod, kewujudan Rejimen Askar Wataniah (RAW) itu sendiri dalam konteks Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), merupakan satu unsur yang amat penting. Pasukan Sukarelawan ini berperanan membantu ganti serta mengimbangi kekuatan anggota tetap demi untuk mempertahankan kepentingan strategik dan kedaulatan negara di masa darurat atau perang.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE