Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kadar Zakat Fitrah Di Perlis Kekal RM7 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kadar Zakat Fitrah Di Perlis Kekal RM7

Kadar Zakat Fitrah Di Perlis Kekal RM7

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 26 April 2019 15:20

KANGAR, 26 April 2019 (Jumaat) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam negeri ini kekal seperti mana tahun-tahun sebelum ini iaitu RM7.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan majlis pengumuman rasmi kadar berkenaan yang diadakan di Masjid Al Ghufran, Batu 2, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Menurut Mohd. Nazim, bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras maka pengeluaran ialah sebanyak satu gantang bersamaan 2.6 kilogram setiap seorang.

Katanya, setiap orang Islam yang tinggal di negeri ini adalah wajib mengeluarkan fitrah yang ditetapkan bagi dirinya, anak, isteri dan tanggungan-tanggungannya.

“Mereka hendaklah mengeluarkan fitrah-fitrah itu kepada amil-amil yang dilantik dengan rasminya oleh pihak MAIPs,” katanya.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE