Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Rasmi Masjid Mesra Alam Pertama Di Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Perlis Rasmi Masjid Mesra Alam Pertama Di Perlis

Raja Perlis Rasmi Masjid Mesra Alam Pertama Di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 12 Mei 2022 13:53

KUALA PERLIS, 11 Mei- Mengimbau kegemilangan institusi masjid sejak zaman Rasulullah SAW sehingga kini, masjid-masjid di seluruh negeri Perlis mestilah benar-benar menjadi qudwah sebagai institusi yang berwibawa dalam membangunkan ummah.

 

Justeru itulah, masjid mestilah bersifat mesra jemaah baik secara pendekatan mahu pun prasarana dimana tetamu Allah yang hadir hendaklah sentiasa diutamakan dan diberikan layanan yang baik serta kemudahan yang selesa agar mereka dapat melaksanakan ibadah dengan penuh ketenteraman dan kedamaian.

Titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, institusi masjid juga perlu menyediakan pengajian yang seimbang dengan memberikan penekanan dan penerapan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sentiasa mendidik masyarakat beramal dengan sunnah dan mestilah dijauhkan daripada kancah politik kepartian serta isu sensitif yang menimbulkan kegusaran awam.

Masjid-masjid di Perlis juga hendaklah diperkasakan agar dapat menonjolkan kualiti pentadbiran yang cekap dan efisien dimana pelantikan AJK dan pegawai masjid mestilah berasaskan kelayakan, profesional dan berintegriti serta kompeten dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

Baginda bertitah pada Majlis Perasmian Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kuala Perlis.

Masjid berkenaan yang pertama di Perlis mengutamakan pembudayaan penjimatan air dan tenaga kepada pemuliharaan fauna dengan landskap yang menarik serta mengamalkan kitar semula sumber dan tenaga.

Berangkat mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 

Sumber daripada Berita RTM 

Please publish modules in offcanvas position.