Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis berkenan berangkat perasmian masjid baharu di Kuala Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Perlis berkenan berangkat perasmian masjid baharu di Kuala Perlis

Raja Perlis berkenan berangkat perasmian masjid baharu di Kuala Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 11 Mei 2022 09:36

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan untuk berangkat hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian masjid baru di Batu 5, Jalan Kuala Perlis pada malam esok iaitu rabu, 11 Mei 2022 bermula pada jam 8.30 malam.

Dijadualkan berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Perasmian masjid baru yang akan dimasyhurkan dengan nama Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu adalah pembuka tirai kepada segala program sambutan mengambil sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada 17 Mei yang akan datang ini.

Masjid yang mendapat jolokan ‘Masjid Rusia’ yang diinspirasikan daripada menara di Red Square, Moscow atau juga digelar sebagai ‘Masjid Aladdin’ disebabkan bentuk masjid dan kubahnya yang seumpama cerita ‘1001 Malam’ itu sentiasa menggamit para pengunjung untuk singgah bagi menunaikan solat sekaligus menikmati keindahannya selain turut menjadi pusat hentian bagi mereka yang pulang dari Langkawi dan Kuala Perlis untuk berehat sebelum kembali ke destinasi masing-masing.

Pembinaan masjid tersebut telah bermula pada tahun 2018 bagi menggantikan Masjid lama Al-Munir Batu 5 kerana tidak lagi mampu untuk menampung jemaah kariah dari lapan buah kampung berdekatan dengannya.

Bagi yang akan hadir ke majlis perasmian tersebut tema pakaian ialah Pakaian Kebangsaan, Bersamping dan Bersongkok bagi lelaki dan Baju Kurung bagi wanita.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.