Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Webinar Keusahawanan Sosial Anjuran YTF, Esok n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Webinar Keusahawanan Sosial Anjuran YTF, Esok

Webinar Keusahawanan Sosial Anjuran YTF, Esok

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 24 Mac 2022 09:42

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP) akan menganjurkan ‘Webinar Yayasan Tuanku Fauziah, Siri Ke-7 – ‘Women In Search of Excellence (WISE) – Edisi ‘Keusahawanan Sosial’ pada hari esok khamis 24 Mac 2022.

 

Penyempurnaan titah perasmian pembukaan pada sebelah pagi akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaluilail manakala titah penutupan pada petangnya oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pengerusi YTF.

Semua dijemput menyertai program yang dilaksanakan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan dikuasakan oleh Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) ini secara maya pada hari esok, bermula jam 9:30 pagi melalui Facebook Live – www.facebook.com/inskenofficial .

Ketahuilah dengan lebih mendalam tentang ‘Sustainable Development Goals (SDG)’ dan ‘Keusahawanan Sosial’!

Sesi menarik bersama para panelis ternama tentang wanita sebagai peneraju keusahawanan dan keusahawanan sosial rentas industri.

Sesi Pertama pada jam 11.00 pagi akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Suriani Dato’ Ahmad bertajuk ‘Kaitan Sustainable Development Goals (SDG) dengan Keusahawanan Sosial’.

Sesi Kedua pada jam 11.30 pagi akan dikongsikan mengenai topik ‘Keusahawanan Sosial Rentas Industri’ oleh Setiausaha Bahagian KUSKOP Datin Dr. Syahira Hamdon, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Muhd Firdaus Azharuddin, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif MyHARAPAN Nurfarini Daing, Pengasas & Pengarah Impak Athena Holdings Sdn. Bhd (BisKaunselor INSKEN) Anja Juliah Abu Bakar dan Pengarah Urusan Noble Management and Consultancy (BisKaunselor INSKEN) Junaida Abdul Aziz.

Sesi ketiga dan terakhir pada sebelah petangnya akan bermula jam 2.30 mengupas mengenai ‘Wanita Peneraju Keusahawanan Sosial’ oleh Presiden Persatuan Kakiseni, Pengasas Presiden WOMENgirls dan Bekas Pengacara TV, Low Ngai Yuen.

Pendaftaran adalah percuma di www.INSKEN.gov.my/wise .

 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE