Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelihara Sungai Tanggungjawab Bersama – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pelihara Sungai Tanggungjawab Bersama – Raja Muda Perlis

Pelihara Sungai Tanggungjawab Bersama – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 17 Mac 2022 15:53

Kangar – “Penduduk setempat perlu memainkan peranan yang amat besar dan bertanggungjawab untuk mencantikkan lagi tebing sungai masing-masing agar keindahan sungai tersebut akan membuatkan pihak lain berasa malu atau segan untuk mencemari sungai,” titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri sesi kayuhan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersempena dengan sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia, petang semalam.

 

 

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bersama-sama menyertai sesi kayuhan bersempena dengan sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia.

 

“Sebarang air sisa buangan, air basuhan dan air kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu serta menggunakan sistem rawatan yang baik sebelum dialirkan ke sungai. Hal ini merupakan tanggungjawab yang amat besar oleh pihak berkuasa dalam memantau sebarang aktiviti yang tidak elok seperti membuang air sisa tertentu tanpa dirawat sehingga menyebabkan pencemaran tidak sihat terhadap sungai dan hidupan di dalam sungai.”

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis juga menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 secara tunai, beras dan bekalan makanan mentah kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih di sekitar Kampung Utan Aji. Para penerima yang disantuni terdiri daripada Anor Sabri Baharom, Ku Ragimi Ku Razali dan Md Basri Zakaria.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih.

 

Baginda turut berkenan merasmikan projek memproses ayam yang diusahakan oleh asnaf Kefli Saidin. Beliau menerima peruntukan Inisiatif Peningkatan Sosioekonomi Asnaf berjumlah RM3600 daripada MAIPs melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk membeli peralatan dan mesin memproses ayam bagi menjayakan perniagaannya.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bersama-sama usahawan asnaf MAIPs.

 

Sementara itu, baginda turut berkenan meluangkan masa meninjau kerja pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis (Bangunan SUK Baharu), Mukim, Seriab yang dijangka siap pada 12 Julai 2022 ini.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis meninjau kerja pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis (Bangunan SUK Baharu), Mukim, Seriab.

 

Sumber daripada Dewan Masyarakat : Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE