Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Wanita Berperanan Penting Dalam Pembangunan Negara – Titah Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Wanita Berperanan Penting Dalam Pembangunan Negara – Titah Raja Muda Perlis

Wanita Berperanan Penting Dalam Pembangunan Negara – Titah Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 16 Mac 2022 10:53

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai aspek serta bidang wajar sentiasa dibanggakan. Ini kerana mereka membuktikan mampu menyumbang kepada pembangunan negara sejak dahulu lagi.

 

Wanita bukan sahaja berperanan dalam pembentukan generasi akan datang malah merupakan sumber ekonomi yang penting.

Wanita juga telah lama memainkan peranan aktif di bidang politik negara. Kini juga semakin ramai wanita diberi amanah jawatan penting, menjadi ketua serta pembuat dasar demi menyumbang kepada pembangunan negara.

Demikian titah baginda menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 secara tunai, beras serta bekalan makanan mentah kepada tiga buah keluarga asnaf terdiri daripada Che Haton Din @ Mat Din (84 tahun), Kasim Bakar (84 tahun) dan Ramlah Haji Ismail (72 tahun) di rumah masing-masing pada petang semalam.

Program anjuran MAIPs dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra dan Yayasan Tuanku Fauziah tersebut adalah ‘Kayuhan Berbasikal Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2022’ yang jatuh pada 8 Mac baru-baru ini yang disekalikan dengan aktiviti MAIPs Peduli Bilangan Ke 20 bagi tahun 2022 di sekitar pinggir bandar Kangar.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, laporan Perangkaan Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan wanita menghampiri separuh penduduk Malaysia. Jumlah penduduk wanita direkodkan seramai 15.92 juta manakala lelaki sekitar 16.83 juta. Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, kita kini telahpun mencapai tahap tiada jurang antara wanita dan lelaki.

Tambah Tuanku Raja Muda, ‘Pencapaian wanita telahpun melebihi lelaki dalam sub-indeks Pencapaian Pendidikan dengan skor 1.054. Sub-indeks Kesihatan dan Kehidupan mencatatkan skor 0.958, diikuti sub-indeks Peluang dan Penyertaan Ekonomi (0.727) dan Penguasaan Politik (0.106). Adalah juga didapati Malaysia sentiasa komited untuk mencapai kesaksamaan gender dan mempromosikan hak wanita dan kanak-kanak perempuan serta memperakui akan kepentingan peranan wanita’.

 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.