Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Titah Masyarakat Sekitar Sungai Supaya Bersama-Sama Jaga Kebersihan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Titah Masyarakat Sekitar Sungai Supaya Bersama-Sama Jaga Kebersihan

Raja Muda Perlis Titah Masyarakat Sekitar Sungai Supaya Bersama-Sama Jaga Kebersihan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 16 Mac 2022 10:47

Penduduk tempatan yang tinggal sepanjang sungai mahupun dari hulu atau hilir sungai perlulah sentiasa berganding bahu untuk sama-sama membantu meningkatkan kebersihan di sepanjang sungai masing-masing dan tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai sesuka hati.

 

Tanggungjawab buat semua pihak juga perlu ditekankan dalam melaksanakan usaha memelihara sungai daripada tercemar seperti sentiasa membantu mengutip sampah atau kotoran, serta tidak membuang sampah ke dalam saliran sungai.

Gotong-royong perlulah sentiasa diadakan pada setiap masa dalam usaha untuk memastikan sungai kekal bersih dan terpelihara.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sempena kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi memperingati ‘Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia’ yang diadakan pada 14 Mac setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan sungai.

Baru-baru ini baginda seisi keluarga meraikan Hari Ulangtahun Keputeraan Ke 21 anakanda kedua baginda berdua iaitu Sharifah Farah Adriana Jamalullail pada 4 Mac dengan cara yang berbeza dengan menelesuri keindahan alam semulajadi Sungai Perlis dari Pengkalan Tok Kuning ke Kuala Perlis dan balik menaiki bot memancing ikan. Berangkat sama ialah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Syed Sirajuddin Jamalullail.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, ‘Masih tidak terlewat untuk kita memelihara dan memulihara sungai kita, walaupun sebahagian sungai sedia ada mungkin telahpun dicemari, namun usaha untuk memulihara sungai yang tercemar itu masih boleh dilaksanakan dan memulihkan semula sungai-sungai yang telah dicemari, agar ianya pulih dan menjadi pedoman buat generasi masa akan datang dalam memupuk semangat cintakan sungai’.

 


Sumber daripada Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE