Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Utamakan Penjagaan Buah Pinggang – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Utamakan Penjagaan Buah Pinggang – Raja Muda Perlis

Utamakan Penjagaan Buah Pinggang – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 14 Mac 2022 09:22

Kangar – Bersempena dengan Kempen “Perlis Hebat: Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama dalam Tindakan” oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bagi memperingati “Hari Buah Pinggang Sedunia” yang disambut pada 10 Mac setiap tahun, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kepada masyarakat akan peri pentingnya penjagaan buah pinggang untuk kelangsungan hidup.

Menerusi kempen tersebut yang bertemakan “Kesihatan Buah Pinggang untuk Semua”, lapan perkara dititikberatkan dalam titah baginda untuk penjagaan buah pinggang, iaitu:

  1. Sentiasa mengamalkan gaya hidup yang aktif;
  1. Sentiasa memantau tahap gula di dalam darah;
  1. Sentiasa memantau tekanan darah;
  1. Makan secara sihat dan memantau berat badan;
  1. Mengekalkan pengambilan air yang secukupnya;
  1. Tidak merokok;
  1. Tidak mengambil ubat-ubatan yang tiada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia; dan
  1. Memeriksa tahap kesihatan buah pinggang dengan mengunjungi klinik kesihatan secara berkala.

Penjagaan buah pinggang penting untuk kelangsungan hidup.

Kempen ini diadakan bersekali dengan dengan program “Kayuhan MAIPs Peduli kali ke 19 bagi tahun 2022 yang diadakan khas bersama-sama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis”. Sebanyak tiga orang asnaf terpilih disantuni oleh DYTM Tuanku Raja Muda di rumah mereka, iaitu Halila Kamaruddin, Ramli Senapi dan Hat Seman bagi menyampaikan agihan zakat MAIPs.

 

 

Dalam kempen kesedaran tentang penjagaan buah pinggang ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa hari peringatan tersebut diadakan saban tahun untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya buah pinggang kepada manusia. Menurut Dr. Sirajuddin, kos keseluruhan rawatan buah pinggang setahun untuk seseorang individu adalah tinggi, iaitu mencecah RM40 000. Kos ini melibatkan perbelanjaan untuk penghidap menjalani dialisis yang dianggarkan berjumlah RM250 sehingga RM280 bagi setiap kali dialisis dilakukan di pusat hemodialisis milik persendirian. Harga ini lebih rendah sekiranya dilakukan di pusat hemodialisis yang diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tambah Dr. Sirajuddin lagi:

Di Negeri Perlis sahaja, terdapat empat buah pusat dialisis swasta yang merawat seramai 180 orang pesakit. Manakala di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dalam bangunan wakaf yang disumbangkan melalui MAIPs, seramai 96 orang pesakit sedang dirawat dengan dialisis buah pinggang. Dalam masa yang sama, terdapat seramai 51 orang yang  menunggu untuk mendapatkan slot dialisis sepanjang tempoh bermula April 2020 sehingga Februari 2022. Jumlah ini semakin bertambah pada kadar 18% hingga 20% setahun. Sementara menunggu giliran, 17 orang atau 31% orang meninggal akibat komplikasi penyakit buah pinggang, selebihnya 34 orang berjaya dimasukkan secara berperingkat. Hal ini amat membimbangkan dan perlu dibendung dan seboleh–bolehnya dicegah di peringkat awal lagi.

Selain kempen kesihatan dan menyantuni golongan asnaf,  DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan singgah menyempurnakan perasmian Dataran Sekolah Kebangsaan Panggau dan menanam pokok di laman tersebut.

 

Sumber daripada Dewan Kosmik

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE