Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Melaksanakan Ujian Saringan COVID-19 Sebelum Memasuki Ke Institusi Pendidikan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Melaksanakan Ujian Saringan COVID-19 Sebelum Memasuki Ke Institusi Pendidikan

Perlis Melaksanakan Ujian Saringan COVID-19 Sebelum Memasuki Ke Institusi Pendidikan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Februari 2022 10:29

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa ujian saringan gejala hendaklah dipergiat, terutamanya di seluruh institusi pendidikan di Perlis.

“Pemantauan tahap kesihatan menerusi saringan gejala pada setiap hari di pintu masuk dapat mengurangkan kadar keberjangkitan virus dengan cara membenarkan warga sekolah yang sihat sahaja untuk hadir memasuki ke premis.”

Dalam titahnya juga, baginda turut menekankan aspek penilaian risiko bagi memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19, selain menjaga pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

“Penilaian risiko kepada pengajar atau guru, kakitangan dan pelajar perlu dilaksanakan secara berterusan, terutamanya yang melibatkan aktiviti berisiko dan perjalanan ke tempat berisiko.”

Demikian titah Raja Muda Perlis selepas berkenan berangkat menyempurnakan perasmian bengkel motorsikal yang diusahakan oleh Mohd. Irwan Shah Muslim di Kampung Binjai Utan Aji sempena program MAIPs Peduli bilangan ke-13 bagi tahun 2022 pada petang semalam.

Raja Muda Perlis menyantuni penerima sumbangan (kanan)

Mohd. Irwan, menerima peruntukan sumbangan projek peningkatan sosioekonomi asnaf daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) berupa bantuan modal pusingan bernilai RM5000 pada tahun 2020.

Baru-baru ini juga disumbangkan satu unit pemampat (compressor) oleh MAIPs untuk membantu mengembangkan lagi perniagaannya.

Dalam usaha itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Sirajuddin Hashim turut menyarankan ibu bapa yang belum mendaftarkan anak-anak mereka (lingkungan usia lima hingga 12 tahun ke bawah) agar cakna dengan situasi semasa ini untuk mengambil vaksin.

 

Sumber daripada Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE