Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Golongan belia didorong sertai pertanian secara komersial n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Golongan belia didorong sertai pertanian secara komersial

Golongan belia didorong sertai pertanian secara komersial

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 15 Februari 2022 08:29

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan  golongan belia supaya sentiasa didorong menyertai sektor pertanian secara komersial 

Titah baginda, mereka dinasihatkan mengambil alih operasi atau melaksanakan pengurusan ladang daripada golongan berusia yang mungkin ada di antara mereka tidak lagi berdaya untuk menguruskannya secara intensif. 

Dalam masa sama, baginda bertitah, agensi-agensi di bawah pertanian hendaklah terus berganding bahu dalam usaha mengembalikan kegemilangan sektor itu dengan menerokai bidang baru yang berpotensi dibangunkan. 

 
 

“Selain daripada itu, penglibatan golongan belia juga diharap dapat mentransformasikan sektor pertanian dengan penggunaan automasi, teknologi, pendigitalan dan pertanian pintar dalam memajukan pertanian daripada amalan konvesional. 

“Lihatlah juga kemajuan pertanian di Taiwan dan Belanda. Walaupun negara-negara tersebut mempunyai tanah yang terhad, namun mereka berjaya menjadi negara pengeluar bunga-bungaan, sayur-sayuran dan produk pertanian yang termasyur di dunia,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Jamek Beseri di sini hari ini.

Asnaf terbabit masing-masing menerima RM700 yang diagihkan amilnya, Kamaruddin Ismail.

Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. –

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE