Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Melahirkan Modal Insan Cemerlang dan Kompeten – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Melahirkan Modal Insan Cemerlang dan Kompeten – Raja Muda Perlis

Melahirkan Modal Insan Cemerlang dan Kompeten – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 15 Februari 2022 08:28
Raja Muda Perlis berkenan berangkat melihat proses membalut kerusi kenderaan yang dihasilkan oleh usahawan asnaf.

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian projek peningkatan sosioekonomi usahawan asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berupa perniagaan membalut kerusi semua jenis kenderaan bertempat di Naim Cushion Design.

Usaha melahirkan modal insan cemerlang dan kompeten merupakan aspek yang amat penting, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak kepimpinan pembangunan negara pada masa akan datang.

Maka itu, untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, ciri keperibadian seperti berpengetahuan tinggi, berakhlak mulia, berfikiran kreatif dan kritis, mempunyai kesihatan yang baik, serta memiliki ciri kepimpinan yang tinggi adalah sangat penting.

Ketika bertitah, Raja Muda Perlis juga menasihati rakyat agar sentiasa memberikan sokongan dan memainkan peranan dalam merealisasikan hasrat negara. Antaranya termasuklah melaksanakan tindakan dan program yang efektif bagi mempergiat aktiviti, khususnya dalam sektor ekonomi.

Tambah baginda, rakyat haruslah sentiasa berusaha, cekal dan tabah dalam mengharungi ketidaktentuan dunia hari ini akibat COVID-19, yang turut memberikan kesan pada dunia pendidikan, di samping tidak mengetepikan anak-anak bangsa supaya membudayakan ilmu pengetahuan sebagai pegangan hidup kelak.

Keberangkatan baginda ke Naim Cushion Design adalah bersempena dengan program MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Kali ke-11 bagi tahun 2022 ini. Pelepasan disempurnakan oleh Raja Puan Muda, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.  DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan singgah di tiga buah rumah milik asnaf terpilih bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs.

Turut hadir bersama-sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE