Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Majikan perlu pantau kesihatan pekerja – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Majikan perlu pantau kesihatan pekerja – Raja Muda Perlis

Majikan perlu pantau kesihatan pekerja – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 13 Februari 2022 20:00

KANGAR: Majikan perlu memantau tahap kesihatan kakitangan dan menjalankan saringan gejala Covid-19 setiap hari di pintu masuk bagi memastikan hanya mereka yang sihat hadir bertugas.

Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, majikan juga hendaklah memastikan semua kakitangan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan norma baharu di tempat kerja.

“Pihak majikan digalakkan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja,” titah baginda.

 
 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM11,600 kepada 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Hakam, Kampung Kok Klang di sini hari ini.

Para asnaf tersebut masing-masing menerima RM400 yang diagihkan oleh amilnya, Khalid Abu Mansor.

Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor,

Terdahulu, baginda berkenan meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan zakat kepada Besah Abdul,80, yang tinggal bersama cucunya. 

Warga emas tersebut adalah salah seorang penerima Bantuan Bulanan MAIPs, Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs dan Bantuan Bencana MAIPs.

Baginda turut singgah mengucapkan takziah kepada balu allahyarham Rashid Hussin iaitu Setiausaha masjid berkenaan yang meninggal dunia sehari sebelumnya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim menasihatkan kepada mereka yang belum mendapatkan vaksinasi lengkap agar segera berbuat demikian.

“Manakala bagi yang layak mendapatkan dos penggalak, terutamanya warga emas dan individu dengan komorbiditi hendaklah segera mendapatkan dos penggalak terbabit,” katanya.

Sumber : UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE