Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis usaha bersihkan pantai dari sampah hanyut

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Perlis usaha bersihkan pantai dari sampah hanyut

Perlis usaha bersihkan pantai dari sampah hanyut

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 10 Jun 2021 21:18

Laut dan pantai merupakan anugerah Allah swt dan seharusnya dipelihara dengan baik. Di Perlis, dengan keluasan pesisir pantai sepanjang 33 kilometer, ia juga terdedah dengan pencemaran laut sekiranya tidak diambil peduli oleh masyarakat. Pencemaran sampah sarap, plastik, botol dan sebagainya juga boleh mengancam kesihatan jika tidak segera dibendung dengan berkesan.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) sempena kempen ‘Perlis Hebat – Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ mengambil sempena ‘World Oceans Day” atau “Hari Lautan Sedunia 2021’ yang disambut pada 8hb Jun setiap tahun dengan tema pada kali ini adalah ‘The Ocean : Life and Livelihoods’.

Terang baginda, ‘Mengambil contoh Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis melalui inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan YTSP Perlis, larangan penggunaan plastik sekali guna telah mula dipraktikkan oleh penduduk setempat sejak dua atau tiga bulan yang lalu. Antara usaha awal yang cuba dilakukan ialah melalui para pengusaha kedai mini dan runcit di situ yang telah mula menghadkan penggunaan beg plastik sekali guna kepada orang ramai. Mengikut jejak langkah tempat-tempat maju yang lain di dalam dan juga luar negara, mereka juga kini mengumpul dan mengitar semula bungkusan plastik terpakai untuk digunakan oleh pelanggan berbanding setiap kali menggunakan bungkusan plastik baru selain mengalakkan para pelanggan untuk membawa beg guna semula masing-masing. Setakat ini sudahpun terdapat sembilan unit kedai mini dan runcit yang aktif dalam mempromosikan kesedaran larangan penggunaan plastik sekali guna di sekitar kampung yang semakin popular sebagai salah sebuah lokasi pelancongan baru yang wajar dikunjungi di negeri ini.Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, ‘Pelbagai program pendedahan kitar semula yang dianjurkan oleh SWCorp serta aktiviti pengumpulan sisa elektrik dan elektronik oleh Jabatan Alam Sekitar secara berkala juga kini difahamkan turut mendapat sambutan baik dalam kalangan penduduk setempat termasuklah daripada golongan warga emas dan juga kanak-kanak’.

‘Diharap, usaha yang dilakukan seperti ini akan mampu memberikan pengetahuan dan kesedaran supaya dapat dikekal, diperkemas dan diperluaskan lagi selepas ini kerana tinjauan ketika ini, didapati masih terdapat sampah sarap seperti plastik dan botol yang terperangkap di tebing-tebing sungai dan rumah-rumah khususnya pada setiap kali air laut surut. Ini berpunca daripada sampah yang hanyut dari hulu sungai selain sikap segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab.
Semua pihak perlu berganding bahu melipatgandakan usaha bagi memastikan apa yang dilakukan ini adalah secara konsisten dan berterusan bukan sekadar ketika program ini berlangsung sahaja. Semoga secara jangka panjang akan beroleh kejayaan dan ianya mampu kekal menjadi contoh ikutan teladan kepada desa dan kampung yang lain jua kelak’ tegas Tuanku Raja Muda.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri, Azman Shah Ismail memaklumkan bahawa jabatan beliau telah melancarkan buku ‘Panduan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Negeri Perlis’ secara digital dan orang ramai boleh mengakses melalui portal ‘Environmental Knowledge Management Centre (EKMC) Jabatan Alam Sekitar’. Menurut beliau, penerbitan pelan berkenaan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisme pengurusan pembersihan akibat daripada kemalangan dan bencana di pantai seperti tumpahan minyak, tar ball dan sebagainya. Terang Azman, ‘Mengikut rekod, untuk tempoh 2016 hingga Mei 2021, Jabatan Alam Sekitar Negeri hanya menerima dua aduan berkaitan pencemaran laut akibat tumpahan minyak disebabkan kecuaian pihak terbabit menyelenggara bot dan kapal di jeti-jeti sedia ada.

Untuk rekod, bermula tahun 2008, negara-negara di seluruh dunia meraikan ‘Hari Lautan Sedunia’ seperti ketetapan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 5 Disember 2008. Ia bertujuan bagi memberi hebahan kepada orang ramai mengenai kesan aktiviti manusia ke atas laut. Melalui wadah ini juga, ia merupakan satu mekanisme untuk mewujudkan kesedaran tentang peranan penting yang dimainkan oleh laut di dalam kehidupan manusia dan juga cara-cara penting bagaimana masyarakat boleh membantu melindungi laut.

 

Sumber Daripada - Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.