Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Solat tarawih, pengimarahan masjid sepanjang Ramadan dibenarkan di Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Solat tarawih, pengimarahan masjid sepanjang Ramadan dibenarkan di Perlis

Solat tarawih, pengimarahan masjid sepanjang Ramadan dibenarkan di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 08 April 2021 08:41

ARAU : Aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk solat tarawih sepanjang bulan Ramadan dibenarkan di Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penguatkuasaan semua aktiviti tersebut bermula 1 Ramadan di seluruh masjid dan surau yang berdaftar di negeri ini.

Titah Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), semua aktiviti tersebut perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun titah baginda, bagi mengelakkan berlaku limpahan kehadiran jemaah, solat tarawih boleh dilakukan dalam dua sesi.

“Sesi pertama dilakukan pada pukul 9.00 malam sehingga 10.30 malam, manakala sesi kedua pula bermula 10.30 malam sehingga 12.00 tengah malam,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Titah Syed Faizuddin lagi, masjid dan surau tidak dibenarkan menjemput imam dari luar Perlis kecuali telah mendapat kebenaran khas daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Warga asing juga dibenarkan solat tarawih kecuali Individu Dalam Siasatan (PUI) dan Individu Yang Dijangkiti Penyakit Berjangkit (PUS). Aktiviti pengimarahan masjid lain yang dibenarkan adalah seperti solat sunat witir, tazkirah, tadarus, iftar, gotong-royong, qiyamullail, pengagihan sumbangan dan lain-lain selagi ia mematuhi SOP dan penjarakan fizikal satu meter,” titah baginda.

Seterusnya baginda bertitah, aktiviti di masjid hendaklah ditamatkan sebelum 12.30 tengah malam bagi melakukan proses pembersihan dan nyah kuman.

“Masjid akan dibuka semula pada 4.00 pagi, namun pada 10 hari terakhir Ramadan masjid akan dibuka pada 3.00 pagi,” titah baginda. -UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.