Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya esok n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya esok

Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya esok

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 18 Februari 2021 15:14

KANGAR : Perlis membenarkan aktiviti pengimarahan masjid dilaksanakan sepenuhnya termasuk kuliah, kelas pengajian dan sebagainya dengan penjagaan prosedur operasi standard (SOP) bermula waktu Subuh esok hingga tarikh akhir Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara itu telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berikutan pengurangan jangkitan wabak Covid-19 di negeri ini.

Baginda bertitah, sebarang aktiviti dibenarkan dengan pematuhan SOP seperti memakai pelitup muka, melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter pada setiap masa, membawa sejadah sendiri, mengambil wuduk sebelum ke masjid, tidak melaksanakan sebarang kontak fizikal, mengimbas Kod QR MySejahtera selain disyaratkan sihat tubuh badan. 

“Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan golongan wanita turut dibenarkan hadir ke masjid. Namun begitu, sebagai langkah kawalan dan pencegahan, sebarang aktiviti jamuan makan atau kenduri, bermalam dan majlis sosial yang tidak dibenarkan oleh pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya tidak diperkenan untuk dilaksanakan di masjid.

“Kebenaran ini terpakai kepada semua masjid di negeri ini dan turut diperluaskan di surau asrama. Bagaimanapun,  pelaksanaan sebarang aktiviti di surau seluruh Perlis masih tidak dapat diizinkan,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, baginda bertitah, akad nikah dan pengurusan jenazah dibenarkan dengan pengekalan pelaksanaan seperti titah perutusan sebelum ini.

Titah baginda, urusan tersebut  hanya melibatkan enam orang sahaja untuk aktiviti akad nikah manakala urusan memandikan dan mengkafan jenazah bukan pesakit Covid-19 hendaklah dilaksanakan dengan bilangan pengurusan yang minimum.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), berharap rakyat negeri ini meneruskan kawalan kendiri dan pematuhan SOP supaya Perlis yang tercinta akan segera kembali berada di zon hijau.

“Saya menyeru seluruh rakyat yang dikasihi, untuk terus berdoa kepada Allah dan melaksanakan perintah-Nya serta meninggalkan sebarang perkara yang ditegah-Nya.

“Di kesempatan ini, saya turut mendoakan kesejahteraan buat seluruh rakyat yang dikasihi serta mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi,” titah baginda. -UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE