Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Elak penularan melalui kemasukan individu dari zon merah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Elak penularan melalui kemasukan individu dari zon merah

Elak penularan melalui kemasukan individu dari zon merah

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 26 Januari 2021 07:50

KANGAR, 25 Januari - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu sebarang kemasukan individu atau pengambilan pekerja dari luar Perlis terutamanya dari kawasan atau zon merah dimaklumkan segera kepada pihak berkuasa.

Titah baginda, setiap majikan bertanggungjawab memantau pergerakan pekerja masing-masing selain memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat kerja dilaksanakan sepenuhnya.

Baginda yang juga Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berucap sempena Sambutan Hari Ulang Tahun 2 Divisyen Tentera Darat Malaysia (TDM) ke-52 yang disambut pada  setiap 23 Januari. 

Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Perlis berada di bawah Markas Briged Ke-6 Infantri yang berpengkalan di Pulau Pinang.

Menyentuh mengenai Op Penawar di Perlis, Tuanku Syed Faizuddin bertitah dua Pegawai dan 15 anggota lain-lain pangkat telah diaturgerak bagi terlibat sama membantu pihak berkuasa awam pada sekatan jalan raya.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE