Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - OKU perlu sesuaikan diri dengan normal baharu pandemik Covid-19 – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
OKU perlu sesuaikan diri dengan normal baharu pandemik Covid-19 – Raja Muda Perlis

OKU perlu sesuaikan diri dengan normal baharu pandemik Covid-19 – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 18 November 2020 08:22

Ketika ini dunia sedang berhadapan pandemik COVID-19 dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga perlu melakukan perubahan seiring dengan perkembangan ini.

Pelbagai program dan strategi diperlukan bagi memperkasakan golongan OKU dalam dunia yang penuh mencabar ini.

Masyarakat juga perlu dididik supaya mempunyai kesedaran dan keperihatinan terhadap golongan OKU dan mengetahui hak-hak yang harus diberikan kepada mereka.

Transformasi kehidupan akan berlaku apabila kita mengalami perubahan dari segi fizikal mahupun mental. Penerapan kehidupan baharu akan berlaku dan memerlukan penyesuaian kepada situasi tersebut. Diyakini banyak bentuk perancangan serta program telah dibangunkan untuk mensejahterakan lagi golongan OKU.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah di perkarangan Masjid Ali Imran Ulu Pauh bagi menyempurnakan program ‘Kembara Prihatin – Tautan Sepakat Membantu Rakyat’ anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis pada petang semalam.

Keberangkatan baginda ke program sempena “Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU), Peringkat Negeri Perlis, Tahun 2020” bertemakan “Membina Kesejahteraan OKU: Mendepani Perubahan” yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli kali ke 61 bagi tahun 2020’ dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis itu diiringi oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohammad Hazam Ismail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga menekankan bahawa ‘Memperkasakan OKU adalah merupakan tanggungjawab dan kerjasama semua pihak termasuklah pihak kerajaan, industri, Badan Bukan Kerajaan (NGO) malah ahli masyarakat itu sendiri’.

Tuanku Raja Muda turut menyarankan pihak-pihak berkepentingan dalam hal ini supaya terus memainkan peranan masing-masing dengan menyediakan satu rangkaian sokongan yang efektif agar kesejahteraan Orang Kurang Upaya dan warga emas di dalam masyarakat terus terpelihara.

Di program yang sama 3 klien JKM Perlis dari kalangan asnaf terpilih di sekitar kawasan Ulu Pauh turut diserahkan bantuan agihan zakat daripada pihak MAIPs selain daripada 5 yang menerima daripada pihak JKM di masjid berkenaan sebelum itu.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE