Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Pemeriksaan kesihatan peringkat awal mampu tangani penularan wabak

Pemeriksaan kesihatan peringkat awal mampu tangani penularan wabak

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 17 September 2020 15:48

KESEDARA untuk memastikan tahap kesihatan berada di tahap yang baik amat penting untuk diambil kira pada setiap masa terutama dalam situasa terkini untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang merisaukan seluruh rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia.

Malah kempen kesedaran perlu dipergiatkan untuk memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan baik dan sewajarnya kita perlu mengambil langkah untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan yang lebih awal terutama untuk mengesan potensi penyakit berjangkit yang serius.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melancarkan kempen pemeriksaan saringan pantas Covid-19 sempena kempen ‘mySaringan Rapid Test’ yang diperkenalkan oleh syarikat MyUS Wellness Sdn. Bhd., yang dijalankan di Galeri DiRaja Arau pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MyUS Venture Partners Sdn. Bhd., Datuk Nellsen Young dan Setiausaha Sulit DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Zaharin Haris.

Menurut Nellsen, kempen ini merupakan inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama antara MyUS Wellness Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat MyUS Group of Companies bersama Tracvirus. Ia merupakan satu sistem pemeriksaan pantas saringan Covid-19 di mana setiap peserta yang menjalani pemeriksaan darah akan dibekalkan dengan ‘QR Code’ untuk diakses pada bila-bila masa menerusi telefon pintar masing-masing.

Sistem yang diperkenalkan ini mampu menunjukkan rekod pemeriksaan dalam satu aplikasi yang dimuat turun dan sistem ini juga dapat mengesan ‘close contact’ yang telah didaftarkan dan yang telah menjalani saringan.

Tambah beliau lagi, atas dasar prihatin dan kesedaran terhadap penularan wabak Covid-19, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan penganjuran kempen ‘mySaringan Rapid Test’ yang diperkenalkan oleh MyUS Wellness ini merupakan langkah yang sesuai bagi mengawal jangkitan wabak Covid-19.

Ianya juga adalah amat penting untuk memberi kesedaran awal kepada semua pihak untuk menjalani saringan awal dan kempen ini juga merupakan satu langkah yang membolehkan semua lapisan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia mendapatkan saringan Covid-19 dengan harga yang lebih rendah dan pantas.

Tambah Nellsen, antara kelebihan kempen ‘mySaringan Rapid Test’ ini adalah ianya merupakan sistem pengesanan Covid-19 yang pertama di Malaysia dengan menggunakan ‘QR Code’ terhadap individu atau kumpulan sasar dan sistem ini juga menyediakan rekod penyimpanan data yang selamat dan mudah digunakan oleh para majikan untuk mengawal dan mengesan kebolehjangkitan wabak dalam kalangan pekerja khususnya.

Zaharin pula memaklumkan bahawa seramai 30 orang petugas Istana Arau yang merupakan ‘close contact’ baginda telah menjalani pemeriksaan ’mySaringan Rapid Test’ dan baginda sendiri juga berkenan melakukan pemeriksaan yang sama untuk sesi yang pertama dan seterusnya seramai 20 orang petugas lagi akan menjalani pemeriksaan kedua pada minggu hadapan.

Please publish modules in offcanvas position.