Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis berangkat sempurna perasmian kempen Pembudayaan 3R Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis berangkat sempurna perasmian kempen Pembudayaan 3R Perlis

Raja Muda Perlis berangkat sempurna perasmian kempen Pembudayaan 3R Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 28 Ogos 2020 10:52

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian kempen ‘Pembudayaan Amalan 3R Peringkat Negeri Perlis 2020’ yang dianjurkan oleh Pejabat SW Corp Negeri Perlis di Perkarangan Kompleks Bazar Majlis Perbandaran Kangar Jejawi baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Malaysia, Hj Ismail Mokhtar dan Pengarah SWCorp Negeri Perlis Shamsuharizal Basir.

Menurut Shamsuharizal, antara objektif utama inisiatif tersebut diadakan pada kali ini ialah bagi mempromosikan lagi kempen ‘Amal Jariah Melalui Barang Kitar Semula’, ‘Roadtour Recycle Market’, ‘Trash To Cash’, ‘Upcycling’, ‘Pengkomposan’ dan ‘Recycle For Life’ yang dilaksanakan oleh SWCorp seiringan dengan hasrat Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda yang sentiasa mahu melihat ‘Rakyat Perlis Hidup Bersih’.

Selepas perasmian tersebut baginda turut berkenan mengambil bahagian di dalam program kayuhan ‘Sehati Sejiwa SWCorp’ yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Kali ke 38 bagi Tahun 2020’ yang turut diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor meluangkan masa menyantuni tiga buah keluarga asnaf terpilih bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Tijah @ Sopiah Razak, Helmi Kamaruddin dan Mohd Zaid Bakhri di kediaman masing-masing di sekitar Kg Jejawi dan Kg Jejawi Dalam.

Sementara itu, sebagai makluman kepada seluruh rakyat di negeri ini, ‘World Clean Up Day’ yang diasaskan oleh sebuah gerakan ‘Let’s Do It’ pada tahun ini akan diadakan pada pagi sabtu 19 September 2020 dari jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari. Fokus pada kali ini ialah ‘Masalah sisa pepejal termasuk sisa marin’ dengan menyasarkan penyertaan 5% daripada populasi dunia bersamaan dengan 380 juta akan mengambil bahagian. Aktiviti yang akan dilaksanakan ialah kutipan sisa kecil secara serentak di seluruh dunia dan ‘Waste Mapping’ melibatkan para Sukarelawan dan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang ramai.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE