Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis terima sembah mengadap PTD baharu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis terima sembah mengadap PTD baharu

Raja Perlis terima sembah mengadap PTD baharu

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Ogos 2020 07:49

Arau. 15 Ogos 2020. Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh Panglima Tentera Darat yang baharu, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain di Bilik Biru Istana Arau pada khamis tengahari.

 

 

Raja_Perlis_terima_sembah_mengadap_PTD_baharu2.jpeg

 

 

Berangkat sama hadir adalah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri, Beseri.

Majlis sembah mengadap ini adalah bersempena dengan pelantikan Jeneral Datuk Zamrose sebagai Panglima Tentera Darat Ke-28 pada 11 Jun 2020 yang lalu. .

Turut hadir, Pemangku Panglima 2 Divisyen, Brigedier Jeneral Datuk Hj Mohd Halim Khalid dan Panglima 30 Briged, Brigedier Jeneral Hassan Embong.

 

 

Raja_Perlis_terima_sembah_mengadap_PTD_baharu3.jpeg

 

 

Terdahulu daripada itu Tuanku Syed Sirajuddin yang juga merupakan Kolonel Yang Di-Pertua bagi Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) Malaysia turut berkenan menerima kunjungan sembah mengadap perpisahan dan menjunjung kasih oleh Pengerusi RRD, Mejar Jeneral Datuk Md Din Hj Abu yang akan memulakan Latihan Peralihan sebelum bersara pada 19 September yang akan datang ini yang hadir bersama dengan Pengerusi KPTD, Brigedier Jeneral Datuk Hj Mislan Anuar.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE