Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Konvokesyen KUIPs ditangguh n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Konvokesyen KUIPs ditangguh

Konvokesyen KUIPs ditangguh

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 10 Julai 2020 16:27

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-4 Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang pada asalnya dijadual bakal diadakan pada suku ke empat tahun 2020 ini ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh baru lain yang akan dimaklumkan kelak.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs telah memperkenankan permohonan penangguhan yang diterima daripada pihak pengurusan kolej universiti berkenaan melalui Rektornya, Prof. Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Hj. Othman.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (EXCO) KUIPs Bilangan ke-3 telah membuat keputusan berat tersebut sebagai tindakan pencegahan demi memastikan kesihatan dan keselamatan seluruh warganya dan masyarakat secara amnya setelah mengambil kira nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 11 Mac 2020 selain perkembangan terkini mengenai penularan jangkitan COVID-19 berdasarkan laporan daripada pihak KKM dan juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia menyebabkan WHO mengisytiharkan ia sebagai pandemik.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahkan bahawa baginda telah dipersembah maklumkan dalam satu sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah IPTS berkenaan, Datuk Prof Emeritus Ir Dr Ts Hj Kamarudin Hussin baru-baru ini bahawa pihak KUIPs yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menetapkan ‘6 Teras Strategik utamanya bagi tempoh tahun 2020–2024’. Antara aspek terasnya ialah ‘Kecemerlangan Akademik, Siswazah Seimbang, Kelestarian Kewangan, Urus Tadbir Unggul, Prasana Kondusif serta Keterlihatan’.

Tambah Tuanku Raja Muda Perlis, ‘Dengan adanya teras-teras ini kelak, secara tidak langsung dapat membantu KUIPs mengatur perancangan yang lebih efektif dan bersistematik dalam merealisasikan hasratnya untuk mendapat pengiktirafan universiti penuh dan kelestarian kewangan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang, Insyaallah’. – SM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE