i. Objektif
Membantu golongan fakir, miskin dan muallaf dari segi kewangan bagi membaiki rumah atau membina sebuah rumah samada melalui Agihan MAIPs sepenuhnya atau dengan kerjasama dan Agihan dari agensi-agensi lain.
ii. Asnaf
Fakir, Miskin dan Muallaf.
iii. Syarat-syarat
a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
1. Islam.
2. Warganegara Malaysia
3. Bermastautin (tinggal tetap) di negeri Perlis.
iv. Tiada pendapatan atau harta yang mencapai separuh haddul kifayah atau pendapatan kurang dari 50% haddul kifayah kerana:
-
1. Tua/uzur/sebatang kara/cacat atau tiada upaya untuk menyara hidup.
2. Tiada tempat bergantung atau teraniaya seperti balu, ibu tunggal, janda, isteri yang ditinggalkan dan isteri yang suaminya dipenjara.
3. Isteri yang suaminya terlibat dengan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)/Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau penagihan dadah atau mengidap sakit kronik.
4. Lain-lain seumpamanya.
b. Pemohon tidak mempunyai rumah lain dan berusia 35 tahun ke atas kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah / Ahli Dewan Undangan Negeri.
c. Rumah yang dimiliki terlalu uzur dan kerosakan rumah melebihi 70% kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah / Ahli Dewan Undangan Negeri.
d. Status tanah yang membenarkan pembinaan kecuali Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs.
1. Pemohon hendaklah mengemukakan Salinan Geran Tanah yang yang membenarkan pembinaan.
2. Sekiranya tanah untuk pembinaan bukan milik sendiri, hendaklah mendapatkan Kebenaran Bertulis iaitu Akuan Sumpah yang sah di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 atau mengemukakan kebenaran oleh pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) daripada tuan tanah yang terlibat.
v. Kaedah Pelaksanaan
1. Dikenal pasti oleh amil atau agensi berkaitan
2. Pemohonan mengemukakan permohonan kepada pihak Masjid dan pihak Masjid membuat pemilihan dalam MESYUARAT JAWATANKUASA KARIAH serta memanjangkan cadangan kepada pihak MAIPs
3. Seksyen Teknikal MAIPs mengeluarkan cadangan baikpulih
4. Cadangan tahun semasa akan dipertimbangkan pada tahun berikutnya
vi. Cara Bayaran/Agihan
Bayaran dibuat kepada kontraktor yang berdaftar dengan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis