Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sumbangan Zakat Perniagaan BIMB

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Sumbangan Zakat Perniagaan BIMB

/ Archive MAIPs / Sunday, 20 April 2014 00:27

KUALA LUMPUR, 16 April 2014 - Pelaburan minda dari golongan profesional dan intelektual yang berasal dari Perlis dan sedang bertugas di luar negeri itu diperlukan dalam membangunan negeri itu.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah idea dan pandangan luar jangka daripada golongan berkenaan perlu digabung dan diperkasakan demi menentukan agenda pembangunan yang berterusan.

"Saya mengharapkan dalam tempoh dua tahun ini, Perlis bukan saja dikenali sebagai negeri pertanian, malah industri perkhidmatan dan pelancongan dapat dijayakan bersama menggunakan kepakaran intelek dan profesional yang merupakan aset tetap Perlis, seterusnya memacu pencapaian Perlis Maju 2015," titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Persidangan Profesional dan Intelek Perlis (PROLIS) Edisi kedua di sini, Rabu.Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diiringi Menteri Besar Perlis Azlan Man.

Baginda bertitah pelaburan minda berkenaan juga diperlukan dalam segenap aspek kehidupan di Perlis melalui idea anak jati Perlis yang bertugas di luar negeri.

"Seperti konsep tingkap jauhari, meskipun kita tinggal di luar Perlis, walaupun kita jauh, namun kita boleh melihat banyak potensi yang mampu dilaburkan di negeri ini (Perlis)," titah baginda.

Sementara itu, Azlan ketika berucap di majlis itu berkata melalui PROLIS, golongan intelek dan profesional Perlis yang sedang berkhidmat di luar negeri dapat membantu kerajaan negeri dalam membangunkan Perlis sebagai negeri mesra pelabur.

PROLIS edisi kedua itu disertai 120 peserta terdiri golongan intelektual dan profesional berasal dari Perlis yang sedang berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta di luar negeri itu. Persidangan dua hari itu bertujuan menilai dan memantau tindakan susulan ke atas Resolusi PROLIS 2012, selain menyusun strategi dalam melaksanakan inisiatif berimpak tinggi supaya dapat membantu kerajaan negeri memajukan Perlis di masa depan.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE