Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - SEMAI ASAS ILMU KEMAHIRAN HIDUP KEPADA ANAK SEMASA PKP - RAJA MUDA PERLIS

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
SEMAI ASAS ILMU KEMAHIRAN HIDUP KEPADA ANAK SEMASA PKP - RAJA MUDA PERLIS

SEMAI ASAS ILMU KEMAHIRAN HIDUP KEPADA ANAK SEMASA PKP - RAJA MUDA PERLIS

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 17 April 2020 08:51

14 April 2020. Kangar, Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan kesempatan terbaik terutamanya ibu bapa yang bekerja kerana ‘secara tiba-tiba’ diberikan kesempatan untuk berada di rumah dalam usaha Kerajaan memutuskan rantaian wabak pandemik Covid-19 yang memberi banyak ruang serta masa untuk mereka berbual bersama anak-anak.

Inilah peluang keemasan yang harus diambil bagi mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan yang sebelum ini mungkin sukar dilakukan berikutan kesibukan dan kekangan tugas masing-masing.

Inilah masanya ibu bapa
memantau perkembangan anak-anak, malah dapat mengajar serta memberi pendedahan kepada mereka dengan asas ilmu kemahiran hidup.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis selepas menerima persembahan produk sanitasi tangan daripada Yayasan Harmoni pada petang semalam.

Menurut baginda lagi, golongan ibu misalnya boleh mengajar anak-anak perempuan malah anak lelaki mereka dengan ilmu jahitan asas yang mudah. Begitu juga mengubah suai pakaian, memotong kaki seluar serta menjahit baju kurung, sarung bantal, cadar, langsir dan sebagainya.

Pelbagai jenis jahitan boleh diperkenalkan seperti jahitan butang, jahitan jelujur halus dan kasar, jahitan silang pangkah dan banyak lagi. Jadi anak-anak lebih berdikari dan boleh menjahit sendiri pakaian mereka yang koyak. Malahan ada yang mungkin berminat untuk lebih mendalami bidang berkaitan fesyen dan perniagaan berasaskan jahitan suatu masa nanti.

Selain itu, anak-anak boleh diajar ilmu masakan termasuklah memasak resepi turun temurun, kuih muih tempatan, biskut dan kek.

Mereka juga harus dibekalkan kemahiran asas mengemas, menyusun atur serta mendekorasi rumah, menghias dan mengubah bunga mahupun hantaran, membersihkan rumah dengan membasmi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan, tambah baginda.

Manakala, golongan bapa pula ajarilah anak-anak dengan kemahiran asas pertanian jika memiliki kawasan halaman di rumah seperti berkebun sayuran, menanam pokok hiasan, mengubahsuai landskap, membuat baja kompos, menyemai benih pokok, memotong rumput, membaja, meracun dan sebagainya.

Begitu juga kerja-kerja rumah yang asas seperti membaiki paip dan sinki yang bocor atau tersumbat, kerja-kerja berkaitan elektrik dan elektronik seperti menukar balb lampu, kipas, komputer, bertukang seperti membaiki pintu, tingkap yang rosak, kerja-kerja simen, menyusun bata, membaiki perabut, mengajar asas menyelenggara kenderaan seperti mencuci kereta, memeriksa minyak pelincir pada enjin, bateri, tayar dan sebagainya.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, kemahiran-kemahiran tersendiri yang dimiliki ibu bapa juga boleh diturunkan kepada anak-anak seperti kebolehan membuat kraftangan, mengurut, menghasilkan ubatan tradisional seperti minyak urut, menggunting rambut, membuat wau, melukis, mengukir dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, Tuanku Raja Muda mahu generasi yang lebih berusia mengembalikan nostalgia serta mengangkat kembali warisan nenek moyang dan budaya kita dengan memperkenalkannya kepada anak-anak dan cucu-cucu mereka yang tinggal serumah berkaitan kepelbagaian permainan tradisional seperti bermain congkak, batu selambut, galah panjang, gasing, dam, teng-teng, guli dan lain-lain yang semakin dilupai generasi baharu yang banyak di antara mereka kini lebih gemar bermain game di telefon bimbit serta menonton You Tube, jelas baginda.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE